KITAR SEMULA
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang
baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah
baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan
pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding
penghasilan barang baru dari bahan mentah.
Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga
bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan
biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar
semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari
tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

- Tong Bewarna Biru: ( Kertas ) Semua kertas bewarna dan tidak bewarna seperti akhbar,majalah,buku,helaian kertas katalog,risalah,kalender,kad,sampul surat dan kotak kadbod. Tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon,kertas minyak/aluminium,kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.
2. Tong bewarna Coklat : ( Kaca) Semua kaca bewarna dan tidak bewarna seperti botol minuman ringan, balang makanan,botol vitamin dan botol kosmetik. Tidak termasuk kristal, cermin ,cermin tingkap,skrin kenderaan, porselin,seramik,logam,peralatan makmal,dan balang atau botol bahan toksik.
3. Tong Bewarna Jingga: (Tin) tin aluminium,tin keluli dan plastik. Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan. (Plastik) Semua plastik berwarna dan tidak bewarna seperti beg plastik membeli belah, botol minuman, botol air minuman,bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin. Tidak termasuk bekas cat, bekas bahan toksik,peralatan makmal dan styrofom.
CONTOH GAMBAR BAHAN - BAHAN YANG DIKITAR SEMULA
.jpg)
KEPENTINGAN KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang
positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita
dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan
atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.
CINTAILAH BUMI KITA |
No comments:
Post a Comment